Detective Conan
Baiklah di sini saya nak story sikitlah sinopsis kartun kegemaran saya ni untuk kawan - kawan kat luar sana yang mungkin peminat setia DC juga ataupun yang baru nak 'berkenalan' dengan DC kesayangan saya ni :D
Saya mulakan dengan Conan Edogawa ataupun diri asalnya adalah Shinichi Kudo.Merupakan seorang detektif sekolah menengah tinggi yang berusia 17 tahun dan sangat terkenal . Dia kini menjadi seorang budak kecil bernama Conan Edogawa . Akibat terminum sejenis ubat yang diberikan oleh Gin seorang ahli kumpulan organisasi hitam , tubuhnya menjadi seorang budak yang bersaiz kecil seperti budak sekolah rendah .
Ran merupakan kawan karib Shinichi dan Sonoko semenjak kecil lagi. Ran juga merupakan teman wanita Shinichi .Dan dia merupakan juara karate peringkat Kawasan Kantō. Dia tinggal bersama bapanya Kogoro Mouri.
Kogoro Mouri
Dia merupakan bapa kepada Ran dan suami kepada Eri Kisaki. Dia merupakan detektif persendirian yang cuai. Akibat sikap yang buruk, isterinya tinggal berasingan denganya.
Hiroshi Agasa
Profesor Agasa merupakan profesor yang tinggal bersebelahan rumah keluarga Kudo. Kebanyakan peralatan ciptaanya tak seberapa tetapi ada peralatan yang boleh membantu Conan menyelesaikan pelbagai masalah. Dia sebagai penjaga Detektif Muda sering membawa mereka berkhemah dan melancong ke mana sahaja.
Ai Haibara
Shiho Miyano pada asalnya merupakan seorang saintis utama dalam Organisasi Hitam bernama Sherry. Badannya telah mengecil apabila dia cuba melepaskan diri. Ramai rakannya anggapan sikapnya sering dingin.
Sonoko Suzuki
Dia merupakan kawan karib Ran. Walaupun dia merupakan anak kaya, dia berlagak seperti orang biasa. Dia sering dipengsankan dengan pistol bius kepunyaan Conan untuk menyelesaikan kes.
Heiji Hattori
Dia merupakan detektif sekolah menengah tinggi sebelah barat Jepun. Kemahiran deduksi sama hebat dengan Shinichi. Kulitnya hitam, ibu bapanya berkulit putih dan atuknya berkulit hitam. Dia merupakan kawan karib kepada Kazuha. Dia mahir dalam kendo
Sinopsis Ringkas :)
Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Shinichi Kudo telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Conan Edogawa. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (Kawasan Kantō) terutamanya di sekitar Tokyo. Pada suatu hari, Shinichi pergi ke sebuah taman tema yang bernama taman tema "Tropical Land" bersama Ran Mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang mystery coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika dia hendak pulang, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam (Organisasi Hitam). Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun dalam kajian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.
Dengan mengikut nasihat Profesor Agasa (jiran sebelah rumah Shinichi) menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Conan Edogawa." Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.
Bapa Ran, Kogoro Mouri juga seorang detektif yang cuai dan sering membuat rumusan yang salah. Conan sering menyelesaikan kes yang misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.
Watak yang muncul kemudian adalah seperti ibu bapa Shinichi iaitu Yusaku dan Yukiko, anggota polis (Inspektor Megure, Pegawai Takagi), Heiji Hattori pesaing dari Kansai-barat Jepun dan teman wanitanya Kazuha Toyama, kawan baik Ran iaitu Sonoko Suzuki, Kaitou Kid perompak yang sangat licik, pencipta APTX 4869 Shiho Miyano (bergelar "Sherry" dalam kumpulan Organisasi Hitam tersebut yang turut menjadi kecil selepas mengambilnya sendiri dan tinggal bersama Profesor Agasa dengan nama Ai Haibara), Masumi Sera, Subaru Okiya, Pasukan Detektif Muda (Ayumi, Mitsuhiko, Genta), Ejen FBI (James Black, Jodie Starling, Andre Camel) dan ahli Organisasi Hitam seperti Gin, Vodka, Tequila, Calvados, Pisco, Vermouth, Kir, Chianti, Korn, Bourbon, dan ketuanya yang misteri bernama Anatoka.
Detektif Conan mengikut format sastera klasik genre misteri pembunuhan seperti Kes Bilik Tertutup dan kes dengan suspek yang terhad. Ia juga merangkumkan dan menyimpulkan kes dalam cara yang sama.
.
.
Dia merupakan bapa kepada Ran dan suami kepada Eri Kisaki. Dia merupakan detektif persendirian yang cuai. Akibat sikap yang buruk, isterinya tinggal berasingan denganya.
Hiroshi AgasaProfesor Agasa merupakan profesor yang tinggal bersebelahan rumah keluarga Kudo. Kebanyakan peralatan ciptaanya tak seberapa tetapi ada peralatan yang boleh membantu Conan menyelesaikan pelbagai masalah. Dia sebagai penjaga Detektif Muda sering membawa mereka berkhemah dan melancong ke mana sahaja.
Ai Haibara Shiho Miyano pada asalnya merupakan seorang saintis utama dalam Organisasi Hitam bernama Sherry. Badannya telah mengecil apabila dia cuba melepaskan diri. Ramai rakannya anggapan sikapnya sering dingin.
Sonoko Suzuki
Dia merupakan kawan karib Ran. Walaupun dia merupakan anak kaya, dia berlagak seperti orang biasa. Dia sering dipengsankan dengan pistol bius kepunyaan Conan untuk menyelesaikan kes.
Heiji Hattori
Dia merupakan detektif sekolah menengah tinggi sebelah barat Jepun. Kemahiran deduksi sama hebat dengan Shinichi. Kulitnya hitam, ibu bapanya berkulit putih dan atuknya berkulit hitam. Dia merupakan kawan karib kepada Kazuha. Dia mahir dalam kendo
Sinopsis Ringkas :)
Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Shinichi Kudo telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Conan Edogawa. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (Kawasan Kantō) terutamanya di sekitar Tokyo. Pada suatu hari, Shinichi pergi ke sebuah taman tema yang bernama taman tema "Tropical Land" bersama Ran Mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang mystery coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika dia hendak pulang, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam (Organisasi Hitam). Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun dalam kajian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.
Dengan mengikut nasihat Profesor Agasa (jiran sebelah rumah Shinichi) menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Conan Edogawa." Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.
Bapa Ran, Kogoro Mouri juga seorang detektif yang cuai dan sering membuat rumusan yang salah. Conan sering menyelesaikan kes yang misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.
Watak yang muncul kemudian adalah seperti ibu bapa Shinichi iaitu Yusaku dan Yukiko, anggota polis (Inspektor Megure, Pegawai Takagi), Heiji Hattori pesaing dari Kansai-barat Jepun dan teman wanitanya Kazuha Toyama, kawan baik Ran iaitu Sonoko Suzuki, Kaitou Kid perompak yang sangat licik, pencipta APTX 4869 Shiho Miyano (bergelar "Sherry" dalam kumpulan Organisasi Hitam tersebut yang turut menjadi kecil selepas mengambilnya sendiri dan tinggal bersama Profesor Agasa dengan nama Ai Haibara), Masumi Sera, Subaru Okiya, Pasukan Detektif Muda (Ayumi, Mitsuhiko, Genta), Ejen FBI (James Black, Jodie Starling, Andre Camel) dan ahli Organisasi Hitam seperti Gin, Vodka, Tequila, Calvados, Pisco, Vermouth, Kir, Chianti, Korn, Bourbon, dan ketuanya yang misteri bernama Anatoka.
Detektif Conan mengikut format sastera klasik genre misteri pembunuhan seperti Kes Bilik Tertutup dan kes dengan suspek yang terhad. Ia juga merangkumkan dan menyimpulkan kes dalam cara yang sama.
.
.




No comments:
Post a Comment