Saturday, 27 July 2013

Miss you memory ..

             Entah kenapa pagi ni mood aku lain macam sikit . Rase sedih and nak layan jiwang je aku tau , haha on mp3 dah layan perasaan ! raby kat bawah sure dengar lagu lagu yang aku pasang nih , haha .. Lagi lagi lagu favourite aku dari dulu 'Masih mencintainya by Papinka band !' okay actually tu bukan sekadar lagu tapi ada maksud yang mendalam sangat dengan lagu tuh dalam life aku sekarang  .
             Lagu ni mengisahkan seseorang yang dah putus dengan pasangan dia tapi still sayang and tak dapat lupakan pasangan dia  . Akulah tu ! hahah okay tak sangka juga aku ' cinta monyet' nih bawa besar juga kesan dalam life aku . haha raby cakap dia first love aku ke ? hurrm tak tahulah nak cakap macam mana . Tapi daripada aku na kene explain banyak banyak pula so aku ' iyekan 'sajelah , hee sebenarnye aku tak pernah nak anggap cinta monyet nih sebagai 'fisrt love' aku pun . Sebab macam aku cakap lah , kalau perkataan 'cinta' pun susah aku nak cakap , lagilah kalau cinta pertama kononnye . Hahahaha
               Berbalik dengan mood aku pagi nih pula , aku just on lagu lagu yang ada moments aku dengan dia je . Aku pun tak tahulah kenapa dengan aku ni , dah hampir tiga tahun pun semua nih berlaku sejak aku habis form3 dulu . Mula mula kiteorag clash dulu memang aku ' hate' gilalah dengan dia kan .Tapi bile aku fikir fikir balik , tak ada gunannya aku nak gaduh lama-lama atau simpan dendam dengan dia . Sebab kiteorang pun satu class , selalu jumpa and paling penting sekali dia pernah buat aku happy selama dua tahun and macam - macam lagi yang dia dah buat untuk aku , so aku rasa berbaik adalah lebih baik kan ?
              Nak aku mulakan bercakap dulu ? alamatnya memang taklah kan , hihi so die selalu juga tegur aku dulu even aku nampak kat muka dia yang dia macam takut-takut nak tegur aku , ahahah yela malu mungkin sebab buat aku macam orang bodoh dulu . haha aku pula jenis kalau orang buat baik dengan aku , aku pun tak sampai hati nak buat jahat dengan orang tuh . Dia baik aku tak nafikan cuma disebabkan ada ' satu' kesalahan yang dia buat dekat aku buat aku rase macam mungkin kite patut 'clash' time tuh  . sakit hati jugalah tapi nak buat macam mana kan , tak ada jodoh nak couple lelama. Hahaha
              Dengan lagu lagu moments kiteorang semua dulu buat aku teringat balik semua bende yang kiteorang pernah buat sama-sama dari first kenal sampailah putus tuh . Almost semuanya perfect sangat , aku rase memang dia takde kurang langsung , tapi biaselah kan , manusia tak ada yang sempurna macam dia , cuma time tuh aku tak boleh fikir panjang so aku decide kiteoramg putus even dia merayu sangat taknak . Aku nih kalau dah marah semua yang keluar dari mulut aku dah tak boleh nak patah balik dah  so masng masing kene terimalah . Kalaulah time tuh aku boleh berfikir dengan baik tentu semua nih tak jadi kan ? hee tapi tak apelah semua ni pengalaman  . Dan pengalaman buat aku lagi matang nak buat sesuatu eputusan yang melibatkan hati dan perasaan ni . So kepada kat luar sana nak buat sesuatu keputusan tuh silalah fikir dengan keadaan yang baik jangan terlalu mengikut perasaan . Okaylah sampai sini dulu entry untuk masa ni , nak kene mandi and sambung buat assignment ni , esok ade quiz pula doakan saya ! hee Assalamualikum ...

Malam pertama hujung minggu di rumah sewa . HAHA

               Disebabkan nak save duit untuk balik raye jumaat depan maka aku and raby berpakat taknak balik minggu ni . And bestnya lagi satu rumah tak balik kampung minggu nih means akak akak senior dalam rumahla . haha dyorang tak balik sebab ade test hari sabtu ni , and mungkin fikir same dengan aku and raby juga kott . hihi
               Sumpah happening gila berhujung minggu di rumah sewa dengan dyorang semua ni , malam jumaat semalam tak happening sangat sebab dyorang semua tengah sibuk study kan , just aku and raby tak buat ape ape . hahah best gilaaa kononnyee
                Pagi sabtu pula time dyorang semua pergi campus aku and raby boleh bantai tidur sampai pukul 9 ! haha then bangun bnagun kiteorang buatla sikit kerja rumah . Dah dyorang balik dari class kiteorang un ape lagi pakat pakat tidur dekat ruang tamu beramai ramai . haha
               Masa nak berbuka pula kak syira masakkan spaghetti  sedap gilaaa ! haha nak makan lagi malam nih tapi seganlah pula . hihi ha nih nak story pasal malam ahad nih pula . haha sumpah lawak ! boleh pula malam malam nih dyorang pi main tarik tarik kain batik! haha tak senonoh sungguh tapi kelakarlah senior senior aku nih , Hope sangat next sem nih happening juga , sure rindu sem satu nih , :') okaylah dah tengah malam sangat nih nak tidur dululah , bobyee assalamualaikum ..

Keliru !

                       Semalam kiteorang ade text . Agak lame jugala , and disebabkan lame tuhla macam - macam jadi dekat hati and perasaan aku . Dia cakap dia still suka aku dari sekolah menengah lagi . ni yang buat aku lagi rase pening nak bagi jawapan !
                      Okay , seriously die memang baik sangat sangat sangat ! Dari sekolah sampai study dekat ipta ni pun kiteorang still contact and dia banyak tolong aku time aku study kat sini . Aku memang sayang dia sangat tapi just sebagai kawan and sebagai seorang adik dekat abang dia takde lebih . Tapi aku sedar kadang kadang aku un ade rase 'terlebih' layan dia dari status yang aku cakapkan tadi .
                       Aku hope sangat apa yang aku buat ni takkan kecewa kan sesiapa . Dah lama kiteorang kawan so aku taknakla sebab sebab yang simple atau perselisihan faham antara kiteorang buatkan hubungan baik kiteorang ni jadi retak . Aku taknak sangat . Minta dijauhkan ya Allah . Dia terlalu baik dekat aku , masa aku couple ngan kawan baik dia dulu dia dah cukup kecewa , tapi masa tuh aku memang tak tahu pape pasal perasaan die dekat aku , aku perasan dia ada bagi hint tapi masa tuh aku tak faham langsung pasal couple2 ni . And time tuh aku memang dah 'jatuh suka' dekat kawan baik dia . Okay jatuh suke sahaja bukan jatuh cinta !
                     Buat masa nih aku tak pernah gune istilah jatuh cinta dengan mana-mana kawan lelaki aku . Even untuk main main. Bagi aku istilah jatuh cinta tu untuk suami aku yang sah je nanti ! terlalu berharga istilah tu dalam kamus hidup aku .
                     So sekarang nih aku tak tahulah macam mana aku nak hadapi semua ni . Yang mampu aku doakan adalah aku boleh berfikir dan bertindak dengan cara yang terbaik untuk hidup aku . Terlalu banyak yang aku nak buat untuk masa depan and hidup aku sekarang nih . terutama sekali untuk keluarga kesayangan aku . Okaylah sampai sini saje entry untuk hari ni . sambung lagi di entry akan datang . Assalamualaikum .

Thursday, 25 July 2013

Banyaknyaaa assignment !!

              Assalamualikum  ,  Okay dah nak genap sebulan aku sebagai pelajar ipta . Dan masalah aku sekarang adalah dihujani oleh assignment yang tersangatlah banyak :'( .
                   Kalau kat sekolah dulu punyalah nak masuk ipta ononnya study seronok . Ha sekali dah masuk rase nak masuk sekolah balik je la . Dengan assignment computer applicationnye , pendidikan islamnya , microeconomics , and so on ! makkkk penatnya fikir assignment nih ..
                   Tapi demi ingin mendapatkan 4.00 flat akan kuusahakan sampai dapat . Chewahh ! hahaha . Serius aku nak sangat jadi AKJ nak sangat sanagt lah ! hadiah untuk mak ngan ayah mungkin , heheh
                     Sekarang nih aku dah mula sesuai sikitlah study kat sini . Even banyak sikit pengaruh kat sini tapi tu semua bukanlah penghalang untuk kita capai yang kita nak kan kan kan ? okay tapi aku paling lah suka sangat Foudamental Accounting ! mungkin sebab saya dengan calculator tak dapat dipisahkan . bhahahha actually memang dah mula suka dengan account start from form1 lagi . And hope sangat dapat jadi bussines woman yang berjaya . yeay ! insyaAllah aminn ..okaylah sampai sini je kot entry saya untuk kali ni . And akan di ' to be continue ' di lain hari . hahah okaylah bobyeeee Assalamualaikum semua :)

Tuesday, 23 July 2013

Detective Conan Assignment ! ;D

                              Detective Conan


    Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada rakan-rakan yang lain . Okay ini adalah entry ketiga bagi entry blog ni yeay ! akhirnya dapat juga saya nak share dekat blog baru saya ni tentang kartun kegemaran saya ni :D

                         
           Baiklah di sini saya nak story sikitlah sinopsis kartun kegemaran saya ni untuk kawan - kawan kat luar sana yang mungkin peminat setia DC juga ataupun yang baru nak 'berkenalan' dengan DC kesayangan saya ni :D
            

Saya mulakan dengan Conan Edogawa ataupun diri asalnya adalah Shinichi Kudo.Merupakan seorang detektif sekolah menengah tinggi yang berusia 17 tahun dan sangat terkenal . Dia kini menjadi seorang budak kecil bernama Conan Edogawa . Akibat terminum sejenis ubat yang diberikan oleh Gin seorang ahli kumpulan organisasi hitam , tubuhnya menjadi seorang budak yang bersaiz kecil seperti budak sekolah rendah .



Ran Mouri 
Ran merupakan kawan karib Shinichi dan Sonoko semenjak kecil lagi. Ran juga merupakan teman wanita Shinichi .Dan dia merupakan juara karate peringkat Kawasan Kantō. Dia tinggal bersama bapanya Kogoro Mouri. 

 Kogoro Mouri
Dia merupakan bapa kepada Ran dan suami kepada Eri Kisaki. Dia merupakan detektif persendirian yang cuai. Akibat sikap yang buruk, isterinya tinggal berasingan denganya.
Hiroshi Agasa
Profesor Agasa  merupakan profesor yang tinggal bersebelahan rumah keluarga Kudo. Kebanyakan peralatan ciptaanya tak seberapa tetapi ada peralatan yang boleh membantu Conan menyelesaikan pelbagai masalah. Dia sebagai penjaga Detektif Muda sering membawa mereka berkhemah dan melancong ke mana sahaja.











Ai Haibara 
Shiho Miyano pada asalnya merupakan seorang saintis utama dalam Organisasi Hitam bernama Sherry. Badannya telah mengecil apabila dia cuba melepaskan diri. Ramai rakannya anggapan sikapnya sering dingin.











Sonoko Suzuki
Dia merupakan kawan karib Ran. Walaupun dia merupakan anak kaya, dia berlagak seperti orang biasa. Dia sering dipengsankan dengan pistol bius kepunyaan Conan untuk menyelesaikan kes.




Heiji Hattori
Dia merupakan detektif sekolah menengah tinggi sebelah barat Jepun. Kemahiran deduksi sama hebat dengan Shinichi. Kulitnya hitam, ibu bapanya berkulit putih dan atuknya berkulit hitam. Dia merupakan kawan karib kepada Kazuha. Dia mahir dalam kendo



Sinopsis Ringkas :)
Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Shinichi Kudo telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Conan Edogawa. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (Kawasan Kantō) terutamanya di sekitar Tokyo. Pada suatu hari, Shinichi pergi ke sebuah taman tema yang bernama taman tema "Tropical Land" bersama Ran Mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang mystery coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika dia hendak pulang, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam (Organisasi Hitam). Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun dalam kajian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.
Dengan mengikut nasihat Profesor Agasa (jiran sebelah rumah Shinichi) menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Conan Edogawa." Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.
Bapa Ran, Kogoro Mouri juga seorang detektif yang cuai dan sering membuat rumusan yang salah. Conan sering menyelesaikan kes yang misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.
Watak yang muncul kemudian adalah seperti ibu bapa Shinichi iaitu Yusaku dan Yukiko, anggota polis (Inspektor Megure, Pegawai Takagi), Heiji Hattori pesaing dari Kansai-barat Jepun dan teman wanitanya Kazuha Toyama, kawan baik Ran iaitu Sonoko Suzuki, Kaitou Kid perompak yang sangat licik, pencipta APTX 4869 Shiho Miyano (bergelar "Sherry" dalam kumpulan Organisasi Hitam tersebut yang turut menjadi kecil selepas mengambilnya sendiri dan tinggal bersama Profesor Agasa dengan nama Ai Haibara), Masumi Sera, Subaru Okiya, Pasukan Detektif Muda (Ayumi, Mitsuhiko, Genta), Ejen FBI (James Black, Jodie Starling, Andre Camel) dan ahli Organisasi Hitam seperti Gin, Vodka, Tequila, Calvados, Pisco, Vermouth, Kir, Chianti, Korn, Bourbon, dan ketuanya yang misteri bernama Anatoka.
Detektif Conan mengikut format sastera klasik genre misteri pembunuhan seperti Kes Bilik Tertutup dan kes dengan suspek yang terhad. Ia juga merangkumkan dan menyimpulkan kes dalam cara yang sama.
.

.

Thursday, 18 July 2013

Perasaan ..

                                Penat simpan rasa bersalah ;(

        Hurm harini aku start text il . lepas kes tuh . lama jugalah tak contact ngan dia . tak tahulah kalau aku ada buat salah atau die memang busy ke . Serius rase janggal gile time mula mula nak text die tuh . Hurm die reply okay je then aku tak reply text die . Tadi aku ada text die tapi die tak reply dah , so aku decide better aku lupakan die kan .

        Dia pun dah ada life die yang baru sekarang , so aku rase tak payahla kot aku nak masuk dalam life die sekarang . Aku nak focus dalam study aku dulu . Terlalu banyak impian and cita - cita aku untuk ubah mas depan aku and family aku . 

       Tipulah kalau aku cakap aku tak cemburu bile kawan kawan aku hampir kesemuanya ada pasangan couple masing - masing . Tapi apa apa pun aku kene kuatkan semangat and azam aku untuk berjaya dalam study aku . mungkin aku tak ada ' pasangan ' buat masa sekarang ,  tapi aku yakin . InsyaAllah berbekalkan sabar dan kejayaan aku suatu hari nanti . Allah akan berikan seseorang yang sememangnya telah ditakdirkan untuk aku :) 

       okaylah esok ada class pagi . sampai sini dulu buat masa ni . jumpa lagi di mimpi umairah yang akan datang . Assalamualaikum :)

Tuesday, 16 July 2013

Blog pertama . yeay ! finally berjaya juga akhirnya...

            Assalamualaikum and hyee semua ! i'm MU nak cakap sebenarnya . yang saya baru saje 'melahirkan' blog pertama saya ini ~ HAHA

        Okay actually memang ada plan and 'nawaitu ' nak buat blog ni tapi baru kali ni berkesempatanlah kononnyaa . haha ! okay mula - mula sekali nak says thanks dekat ayah and mak kesayangan saya yang sanggup 'menaja ' pembelian laptop saya ini . hihi thank you so much mak and ayah ! me love you so much lahh . jasa kalian akan ku kenanag sehingga habis riwayatku :') .

        Ha ! ni nak story macam mana boleh lahirnye blog ini ye kawan kawan . hee disebabkan oleh saya sebagai seorang student's yang baru saje berada di alam IPT . Maka lecturer Computer Application saya telah pun memberikan sebuah assignment . ha dan apa yang perlu kami lakukan adalah untuk membuat sebuah blog kami sendiri! ha dan bertemakan 'animation or cartoon'..

       okay stop dululah kott nak restlah . class full hari ni 'konon' . okay jumpa lagi di lain entry .. assalamualaikum . :)